Bangkitlah Menentang Israel!

10 01 2009

https://i0.wp.com/www.utusan.com.my/pix/2009/0110/Utusan_Malaysia/Kartun/sk_01_big.jpg

Takkan hanya itu sahaja kuasa yang kita mampu lakukan untuk menentang israel? dimanakah semangat juang kita? semangat juang sebagai seorang Islam yang sanggup mempertahankan kedaulatan agama sendiri? israel semakin memijak kita di bumi palestin. tgk seperti dalam tajuk depan akhbar utusan malaysia, “Pembunuhan ala NaziKumpul 110 penduduk dalam rumah dibom, Resolusi PBB tak dipatuh”. perbuatan israel semakin melintasi peradaban seorang manusia yang bertamadun dan tidak perikemanusiaan. Bangunlah umat ISLAM semua! bangkit semangat anda!

https://i0.wp.com/www.utusan.com.my/pix/2009/0110/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg

TERUS BERDEGIL… Walaupun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi supaya dilaksanakan segera gencatan senjata di Genting Gaza, namun rejim Yahudi tidak mengendahkan arahan PBB itu dengan terus melancarkan serangan di wilayah Palestin. Kepulan asap dan percikan api daripada bom berangkai menyelubungi utara Genting Gaza semalam menunjukkan betapa kejamnya rejim Yahudi itu dan serangan terbaru Israel semalam meragut 12 lagi nyawa penduduk Palestin.

Pembunuhan ala NaziKumpul 110 penduduk dalam rumah dibom, Resolusi PBB tak dipatuh

PBB dedah kekejaman askar Israel mengumpulkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut.

Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi gencatan senjata di Genting Gaza.

Israel tidak menghiraukan resolusi PBB dan terus melancarkan operasi tentera besar-besaran dengan 50 serangan udara yang meragut 12 lagi penduduk awam Palestin.

Seorang wanita Ukraine menjadi rakyat asing pertama menjadi korban serangan Israel apabila disahkan terbunuh semalam akibat tembakan askar Zionis.

Hizbullah nafi serangan roket ke utara Israel dari sempadan Lebanon.

Satu delegasi Hamas akan berlepas ke Kaherah esok apabila Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijadual menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membincangkan cadangan gencatan senjata di Gaza.

sumber utusan malaysia.

Tindakan

Information

4 responses

31 12 2009
lott

Ya Allah..selamatkan lah saudara-saudaraku di bumi palestin.

26 05 2010
SAIDAN A.JALAL

Kita takkan dapat merealisasikan impian memboikot barangan israil/amerika selagi produk2 tesebut berada di pasaran dan diperdagangkan di dalam negara kita. Apa yang boleh kita lakukan kalau ianya berleleluasa dijual dan dipertontonkan contoh: Nasional Geografik, mengapa TV 1 yang tayangkan walhal ianya media kerajaan yang boleh ditonton oleh semua peringkat masyarakat kerana ianya percuma tak seperti Astro yang kita kena bayar. Iklan2 yahudi/amerika berlambak2. Kata orang tua2, nak tindas kutu masa ianya sikit kalaudah banyak gugur rambut kita. Payah kitani, dulu dijajah Tanah Air, kini dijajah Minda dan Jiwa… Insaflah, Akhirat jualah yang kekal abadi. Falsafahnya, fikir sebelum buat dah terlajak buat tiada gunanya.

1 05 2011
si pot

harap semua boikot produk israel.!!

7 05 2011
sabah gurlz

ya allah…kau berikanlah keberanian dan kekuatan kepada saudara &saudari ku daripada kekejaman israel….amin ya rabbal alamin

Tinggalkan komen