Petua Mengelakkan Rambut Gugur

11 10 2008

Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia. Mari kita melihat petua-petua nya :

Petua pertama

Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.

Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.

Petua Kedua :

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua Ketiga :

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua Keempat :

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.


Tindakan

Information

23 responses

11 10 2008
sayang

tq abg!!!

27 04 2009
fifie

petua len x de kew?????

10 11 2009
erm

erm. cam susah je, manade lidah buaya ngan daun bunga raya kat mesir ni -_-“

10 11 2010
scha

Emm selain tu??yg simple xde ke??

8 12 2010
kuyah

Time kasih atas petua tue….perlu sgt2 nih..

29 12 2010
iyla

santan tu x berminyak ker??

31 01 2011
eyin

bnyk rmbut aku gugur ni …
thankzz

10 03 2011
Ry Azuin

Thank you . Tapi takde yang lagi simple eh ? Hm .

30 04 2011
ella

terima kasih atas petua ini, namun agak sukar mencari daun lidah buaya dan bunga raya dalam kuantiti yang banyak.

11 07 2011
lisa

betul k ni?

23 07 2011
zuera

kulit kpala rasa sejuk je bila letak santan..da tu first time try limau nipis da xrasa gatal..cube la:)

29 07 2011
suresh krishnan

sy mengalami keguguran rambut baru-baru ni.
tolong nasihat kan sy.

29 07 2011
suresh krishnan

1.sy tak berapa fhm ngn ayat limau nipis,?limau buat jus ke ?
2.santan tu bermaksud susu kelapa tulin ke?

12 10 2011
gerl

petua 3, lemak ayam tu masak mcmne? msk dgn air ke?

23 10 2011
Dia Elyana Ramle

kongsi d fb..

27 10 2011
Bagaimana Rambut Boleh Gugur? Apa Petua Kurangkan Rambut Gugur?Syarih.com

[…] aku beberapa petua orang tua-tua dahulu untuk melebatkan rambut dan menghitamkannya. Orang dulu-dulu banyak […]

1 12 2011
syasya

brapa bulan ne rambut aq smakin bnyk gugur….apeka obt yg bleh mgubat mslah rambut gugur aq ne

7 12 2011
suzie

eeemmm.,nak cuba lah!!hehehehe
n__n

12 01 2012
magd

sa akn cuba ..

19 01 2012
gigo

nt sye cube ok. 🙂

6 02 2012
adeq

nak tanye…
air perahan limau nipis tue…
kene buat tiap-tiap hari selama 2mggu or 2mggu sekali???

28 02 2012
Az Nur Fitrah

mcm agak leceh laa. .susah laa. .santan pun mahal skrg nie. .nak amalkan setiap hari kan. .kopak duit. .haih.

11 03 2012
Robert

Petua yang baik dan sangat membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut. Info lanjut di http://www.hairloss-i.com

Tinggalkan komen