Setia…Apa Itu Setia?

21 04 2009

“lydia sayang kat jayzuan sorang je”. jayzuan pon percaya dengan hati yang bahagia. jayzuan merupakan seorang yang biasa-biasa sahaja. tidak mempunyai harta yang banyak cuma kekayaan cintanya sahaja. sepenuh kasih sayang di beri kan kepada kekasihnya lydia. tidak lama selepas itu, lydia mula berubah sedikit demi sedikit. semakin kurang berhubung dengan jayzuan. mereka juga sering gaduh dengan perkara yang remeh temeh. perasaan percaya jayzuan sudah mula goyah dengan kesetian lydia. kemudian, lydia pun menyatakan kata untuk putuskan hubungan mereka atas sebab tiada persefahaman. jayzuan sedih tidak terkata. bagaikan ribut menghentam badai. jayzuan masih tidak dapat menerima hakikat dan dia mula menyiasat tentang perubahan hati lydia. rupa-rupanya, lydia sudah mempunyai peganti lain. seorang yang lebih berharta dari diri jayzuan. mereka sebenarnya sudah menjalinkan hubungan sejak lydia berubah sifat. kini, segala perjanjian ikatan setia antara mereka terlerai begitu sahaja. hubungan yang di bina selama ini di runtuhkan dengan ketibaan orang ketiga.
(kisah ini tiada kene mengena antara yng hidupo mahupun yang telah tiada)

huh! meteriallistik!!! apa itu setia? setia pada kekasih? setia pada sahabat? setia pada Allah itu yang pasti.

zaman sekarang, kesetian boleh dijual dengan kekayaan harta. seperti kisah di atas ni, rasanya sudah ramai terkena perkara seperti ini. pada mulanya terjalin baik je hubugan, lepas tu dengan mudah melepaskan hubungan tersebut kerana telah berjumpa yang kononnya boleh jamin masa depan dengan harta yang dia ada. hurm…sudahkah orang yang buat keputusan begini telah memikir masak2? tidak fikirkah tentang perasaan orang yang sebelum ini yang memberikan sepenuh kasih sayang dan berjanji akan berusaha untuk memberikan kesenangan hidup di masa hadapan? setia konon. setia kepada harta benda? wtf!!

setia pada sahabat/kawan/rakan. depan kawan tu cakap macam ni, belakang kawan cakap bende buruk tentang kawan tu. haih…aku tak paham la…kata kawan, tapi kalau perangai macam ni kawan ke namanya? hurm…nasib alhamdulillah aku tidak pernah kena atau aku tak kesah nak amik tau kalau orang lain dok mengata buruk tentang aku sebab ak uni jenis yang lantak kome la…den tak kesah…hahaha…ampa dok ngata aku belakang, ampa gak dapat dosa, aku gak dapat pahala. haih…tapi ramai gak kawan aku dok mengadu kat aku…lagi2 time dok sekolah dulu…hahaha…nasib aku ni good listener…sebelum nak klasifikasikan seseorang tu sebagai sahabat/kawan/rakan, tengok dulu diri sendiri macam mana.

setia pada Allah itu yang sangat pasti. kalau kita tak setia padaNya, sudah pasti kita tidak boleh setia kepada sesiapa sahaja. segala suruhanNya jangan la kita lupa tinggal. aku juga menasihati kepada semua orang yang membaca ni termasuk diri aku sendiri. aku pun bukan mulia sangat, tapi kearah mencapai keredhaanNya. insyaAllah.

konsep setia senang, kita jangan melakukan perkara yang boleh membelakangkan sesuatu perkara. contoh seperti kisah lydia dan jayzuan di atas. atas kerana sesuatu benda, kita boleh mengkikiskan kesetiaan kita dengan senangnya. fikir-fikirkan lah 3,4 kali sebelum nak melakukan perkara yang tidak baik.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: