Pengalama Aku Mengenai Paranormal aka Hantu

8 04 2009

http://ghostradio.files.wordpress.com/2008/11/paranormal_movie_ghost.jpg

“masuk le…ape kome dok sebegitu rupe…tak elok bebeno…masuk le…masuk le”
macam tu la lebey kurang dialog dalam cite Jangan Pandan Belakang.

mari aku di sini ingin bercerita tentang kejadian paranormal yang pernah aku alami.🙂
pada suatu hari…jeng jeng jeng…

kejadian dalam pukul 1 pagi la.(tak ingat sangat pukul berapa. tapi memang dah tengah malam) kejadian berlaku di kamsis bilik paling hujung sekali. ketika itu aku berada di dalam semester 1 baru sahaja selesai habis bermain game Warcraft Frozen Throne : D0TA. ketika itu, roomate aku, abg soleh masih dengan game Need For Speed : Most Wanted nya. sedang asyik sungguh aku tgk dia main.
“abg soleh, da pukul bape ni. nak tido. tutup lampu k.”
“ok.” jawab abg soleh.
sebelum aku tutup lampu, aku jenguk ke luar tingkap dulu dan kemudiannya tutup langsir. ketika aku menjenguk keadaan di luar, aku tertumpu akan suatu lembaga warna putih yang duduk di penghujung ampaian baju. hurm…aku igt itu student pada mulanya. aku pun apa lagi.
“woi! buat ape tu?” begini la aku jerit.
roomate aku pun tersentak dan melihat juga di luar benda apa yang aku jeritkan. dia yang agak tergamam(betul ke kata kerja yang aku tulis ni? LOL) pun turut serta menjerit ;
“woi! malam dah ni. tido la!”
hurm…lembaga tu masih xde bagi sebarang respon dan cuma bergerak-gerak kecil sahaja.
“eh hendra, bende tu macam bodoh je. tak bergerak pun.”
“a’aah la abg soleh. ntah-ntah…”
“dah-dah…tutup tingkap, tido tak payah tutup lampu.”

lalala…bende yang aku tegur tu apa? orang atau pun …? arghhh…x kesah la…asalkan dia makhluk Allah jugak. tak payah la rasa takut.🙂

http://aufahadi.files.wordpress.com/2007/01/anak-takut.png

yang atas ni kejadian aku berjumpa hantu. tapi kali ni, kejadian aku menjadi hantu pulak.

ini terjadi ketika aku berada di tingkatan 5. aku telah terpilih untuk menjadi fesilitator untuk program kemah ibadah. program kita? qiamulai, solat berjemaah, ceramah agama dan program operasi burung hantu aka di takut-takut kan hantu.🙂
ok, kite tros lompat pasal operasi burung hantu k. setelah di bahagi-bahagikan port dan bahagian, aku dan asraf menjaga di deret makmal bio. wow! itu tempat yang memang menyeramkan. sungguh kelakar melihat orang yang lari lintang pukang kene serang dengan “hantu” orang ni…hahahaha…yang perempuan xnak la cite. ni yang lelaki. LOL. macam palat mana yang takut-takut tu! orang pertama yang berjaya aku buat dia lari bagai nak gila. Izzat Mokhtar! haaa!!padan ngan muka ko! ejek mak aku lagi! dengki ngan aku tau lukis! nah! amik ko! ni baru “hantu buatan” belum lagi hantu betul. nampak sangat iman ko xkuat. kata masuk silat, tapi haram jadah pengecut! hahaha… aku di situ hanya menjadi hantu pocong yang rasanya tak ada rupa pun. hahaha. hanya amik kain putih dan lilit sahaja di badan aku. kaki nampak, xkan la diorang semua tu x perasan. yang si asraf tu pulak lagi la siap bermekap nampak kesan-kesan darah lagi. macam la nampak time malam tu. hahaha. selepas izzat yang menjadi mangsa aku, sorang lagi budak junior aku yang bernama abu. time kat lorong makmal sains tu, dia bagaikan sedang berlari pecut 100m sampaikan terlajak ketika hendak belok sehinggakan melanggar sebuah pasu sehingga pecah. dia kemudiannya dibawa ke bilik rawatan kerana pengsan selama 5 minit. dan yang paling aku tidak dapat lupa, ada seorang lagi budak junior yang aku tidak tahu namanya. aku cuma berdiri tegak je ketika waktu tu. lepas tu lebey kurang macam ni la die cakap kat aku.
“wei! ko jangan kacau aku! jangan kacau aku! aku bunuh ko nanti! pergi kau!!pergi kau!!!”
walauwei…ganaih betui…aku pun ape lagi, terus mendekatkan diri aku ngan diri dia. tapi tak ku sangka dia terus mencekik aku bagai nak gila. lemas aku! dah la belilit ngan kain! mak datok…nak pengsan aku! lepas tu aku pun cakap;
“woi woi…udah-udah la tu…aku geget ko kang…warghhhhh!!!”
die lepaskan cekikan dia tros lari lintang pukang!!hahahaha…itu lah antara yang tak dapat aku lupa. yang perempuan aku malaih nak takut-takutkan sebab aku dah ngantok. jam waktu tu pon dah dekat pukul 3. puas dah aku takut-takutkan si jantan-jantan brengsek tu semua. hahahahaha…tu la, orang dah suruh berzikir kuat-kuat. ini tak. yang di jerit nye.
“aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!”
“maaakk!!! maaakkkk!!! maaaaakkkkk!!!”
“woi!!! jangan kejar aku!!!”
“hahahahahahahaha!!!”
“fuh fuh fuh”(dengar bunyi nafas je sebab dah penat sangat lari)

adoiyay…tak pe la…ini pengalaman korang semua wahai Saujanarians 2006. mana yang tak pergi tu memang rugi.🙂


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: