16 March Ponteng :)

23 03 2009

Hari ini merupakan hari permulaan nakal aku. muahahaha…aku ponteng gi keje sebanyak 2 hari!!hahaha jahat betui aku!
alasan aku bagi kat kak azizah :
“salam. akak, saya besok dgn lusa tak dapat datang sebab saya balik kampung kat johor.”
lebey kurang macam tu la aku send mesej kat kak azizah. tapi dia tidak reply pon mesej aku tu.
tak pe la, janji plan aku untuk 2 hari ni menarek.πŸ˜€

untuk 16 March ni, sebenarnya tidak apa-apa pun yang menarik. cuma banyak meluangkan masa dengan sayang kat uma sayang. dalam pukul 10 pagi aku sampai di uma sayang. dengan bawak laptop IBM aku ni. sayang punya laptop tu ada masalah dalam seting wireles ip address dia, so aku perbetul kan balik.πŸ˜€

tengok punya tengok memang ip adres die berubah. sape la tangan die gatal sangat pegi ubah ip addres tu sayang?ish ish ish…
lepas dah setel masalah wireless tu, aku lepak dengan udin, tengok video yuna kat youtube. aku pun apa lagi, mempromote la lagu-lagu yuna sebab for ur information, aku ada semua lagu yuna. yang rare pon aku ada. kirenya total yang ada dalam lappy aku ni ada 30 buah lagu yuna. =) nak?hahaha…meh datang sini amik dari aku… :p

ok, lepas dah lepak-lepak tgk video, borak-borak ngan udin, aku pulak terbang ke atas meja on9 dengan sayang.(padahal duduk sebelah-sebelah je. tu pon nak on9.hihihi.) oh, lupa pulak, si along sayang, kak wani sedang sebok memasak kat dapur. sayang ni, gi la tulun along tu. cian die masak sorang-sorang. hehe. afiq time tu dah gi keje rasanya.(alamak!lupa den. hihi) lepas lepak-lepak, sayang ajak makan, tapi aku kenyang lagi, so aku cuma meratah roti jala dengan kari ayam. pergh! lame dah aku tak pekena roti jala. mak ucu rajin wat ni kalau aku balik johor. =)

dalam pada aku makan, datang bunyi hon kereta dan aku femiliar sangat dengan bunyi tu. bunyi kereta sapa? haa…mama sayang!! adoiyay. mati la aku kalau mama sayang tau aku ponteng! hihihi…
“hah! hendra!! kau ponteng!!”
“hehe..bukan ponteng cik dila, cuti. poli kan cuti sekarang. hehe.”
“ish ish…kau ni la…abis tu kau dah bagi tau ngan abg fauzi kau tu?”
“dah!hehe…saya bagi tau kat kak azizah saya balek kampung. cuti 2 hari cik dila. hehe.”
itu lah dialog yang berlaku bila mama sayang terperanjat tgk aku ada dalam rumah. hehe.

dalam pukul 3, baru lah aku makan sebab tadi tu kenyang sangat lagi. kak wani masak ayam masak kicap! sodap la jugak. hehehe. aku makan abis sampai licin dan dalam pada tu sayang pon bersiap-siap sebab kami nak pergi JJ. aku nak beli pencuci muka dengan nak cari sweater baru!πŸ™‚

bila tiba di JJ AU2, penat round satu JJ, tak ada jumpa pon sweater yang menarek perhatian. adoiyay. apa kan daya.isk isk. tapi naseb baik ada pencuci muka aku. pekej plus dgn minyak rambut. hahaha..murah-murah.
kami bayar kat kaunter kak wani. hahaha… punyelah kerek jaga kaunter. sepatut nye kak wani kene la berhemah dengan pembeli. :p hehehe…jangan mara… :p

lepas selesai membeli, jam pada waktu tu menunjukkan pukul 4:40, kami kene pergi Stesen Jelatek sebab sayang nak kene amik perfume dari kak ida. wangi woo perfume tu. luv it cayang! tapi, yg fara punya perfume tu bucuk! menusuk hidung! hehe….

lepas dah selesai semua perkara, kami pun nak balik, tapi kebetulan waktu tu hujan dan agak lebat la jugak, kami tunggu la mama nak amik kami. tapi!!(adoi…banyak betul tapi ni!) tiba-tiba muncul pulak mak!adeh. apa lagi, aku pon cepat-cepat menerpa ke arah mak! hehe. sayang pon salam mak dan kami pon tunggu mama datang. bila mama sayang dah datang, mak pulak segan-segan nak tumpang! hehe. last-last aku dan mak naik tren dan brenti kat setiawangsa dan kami pon naik bas sampai pulang ke rumah. hihihi. eh, dah abis ke cerita ni? tidak! ada lagi satu episode panjang dan satu lagi episode pendek! nantikan seterusnya..πŸ˜€

sayang, love u!!hehe…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: