Senarai makanan dan hikmahnya dlm Islam

2 01 2009

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak
dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum
dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang
sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat
sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan
potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan
tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh
menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu
lebah.

Barli (sya’ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah
memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan
cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.


Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga
sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb
al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”.
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu
ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk
merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk
menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan
terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah
ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk
dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti
mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati
serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit,
menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil.
Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang
direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang
memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah
rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma
atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan
parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam
(setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan
apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada
kulit.

“Endive” (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah
yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi.
Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana
sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke
atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah,
mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah
membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit
perut(memulas).


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: