Kamus Cinta

28 12 2008

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal
yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu
akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak
menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu
sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada
diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat
perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak
suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam
diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya
terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan
kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada
dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan.
Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan
abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan
Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan,
tapi lebih bererti

bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang
seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan

adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin
membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan
terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan
membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi
agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan
ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali
kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan
pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang
perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk
mencintai, pertama kita harus belajar

untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan
hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
“Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat
mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,
hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi
dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai
dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik :
“Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan
itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata –
kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon
orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu
katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu
menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam
fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika
kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan
hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti
mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan
antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat
yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi
datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah
di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat
cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita
lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.
Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan
orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi
tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah
kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan
hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah
satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk
kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar
mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka
kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang
lebih jauh dengannya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: