Khasiat Memeluk Isteri

7 10 2008

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat
setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan
antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia
mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk
kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan
maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan
bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak
Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam
anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di
sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan,
pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah
Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati
pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan
kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan
gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan
lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: