Tips Mencapai Kejayaan Dalam Exam

6 04 2008

Ikuti panduan capai kejayaan

Sememangnya peperiksaan satu kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian akademik atau kemahiran seseorang pelajar. Sekiranya keputusan diperoleh amat memberangsangkan, ini menjadi titik permulaan untuk mendapatkan kejayaan seterusnya di samping beberapa peluang keemasan yang turut tersedia di hadapan.

Bagaimanapun, semakin dekat tarikh peperiksaan, semakin tinggi pula rasa bimbang dan takut. Situasi ini biasa bagi remaja yang bakal menduduki peperiksaan, tetapi jika tekanan itu berlarutan sehingga anda jatuh sakit, ia tidak boleh dibiarkan.

Panduan di bawah ini mungkin boleh membantu anda untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi dan pada masa sama, menghindar tekanan dan perasaan bimbang.

– Jangan biarkan masalah peribadi mengganggu anda

Jika ada masalah di rumah atau teman, jangan fikirkannya kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda. Asingkan masalah belajar dengan masalah peribadi supaya anda boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang.

– Baiki kelemahan

Kelemahan dan kesilapan dalam sesuatu mata pelajaran perlu dibaiki supaya ia tidak berulang ketika menjawab soalan peperiksaan. Ia juga dapat membantu anda menjadi lebih yakin.

– Kurangkan aktiviti santai

Jika kebiasaannya anda sering menonton televisyen, bermain permainan video atau melayari internet, lupakan ia sebentar ketika peperiksaan semakin hampir. Jika ada kawan-kawan yang cuba mempengaruhi untuk turut sama dalam aktiviti ini, anda perlu berani mengatakan tidak.

– Jangan memberi tekanan kepada diri

Anda perlu tenang apabila menghadapi peperiksaan. Kawal diri agar tidak terlalu memikirkan mengenainya sehingga menjadikan anda panik dan menyebabkan segala-galanya tidak terurus.

– Pastikan kesihatan berada pada tahap terbaik

Pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya serta amalkan pemakanan sihat. Selain itu anda dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dalam sebarang aktiviti lasak yang mempunyai risiko kecederaan tinggi.

– Dapatkan sokongan keluarga

Sokongan, kerjasama serta perangsang daripada ahli keluarga amat penting untuk membantu anda belajar dengan baik dan berjaya dalam peperiksaan.

Tip menghilangkan rasa panik ketika menduduki peperiksaan

– Berhenti sebentar dan duduk dalam keadaan tegak serta tenangkan fikiran.

– Jangan fikirkan kemampuan orang lain dan hanya fikirkan mengenai kemampuan anda untuk melakukan yang terbaik.

– Sekiranya gagal menjawab soalan yang dihadapi, jawab soalan lain yang lebih mudah. Ia boleh mengurangkan tekanan anda.

– Berdoa kepada Tuhan supaya anda dikurniakan ketenangan.


Tindakan

Information

3 responses

5 10 2008
All The Best!

[…] 3) Tips Mencapai Kejayaan Dalam Exam […]

20 10 2008
ira

bgaimna mencpai kejayaan?

4 11 2008
Izzaniey

memag la kejayaan diimpikan oleh semua orang di dunia ini.namun untuk mencapainya bukan lah sesuatu yang mudah.perlu ada kesabaran untuk menggalas bebanan untuk mencapai kejayaan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: