..::Kisah Gadis Cina Bernama Zhi Zhi::..

2 02 2008

Seorang gadis Cina bernama Zhi Zhi menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Zhi Zhi menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Zhi Zhi sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Zhi Zhi juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Zhi Zhi dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Zhi Zhi harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua.

Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Zhi Zhi tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Zhi Zhi pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Zhi Zhi menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.

Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, “Zhi Zhi, saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh”

Zhi Zhi menjawab, “Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta.”

Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.

Dia memberitahu Zhi Zhi, “Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu.”

Zhi Zhi berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.

Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Zhi Zhi memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Zhi Zhi ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Zhi Zhi berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Zhi Zhi telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Zhi Zhi juga berubah. Dia mula menyayangi Zhi Zhi seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Zhi Zhi adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Zhi Zhi dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.

Suami Zhi Zhi turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Zhi Zhi datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, “Mr. Huang, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan.”

Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. “Zhi Zhi, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya.”

 Moral:
Pernahkah anda menyedari bahawa sebagaimana perlakuanmu terhadap orang lain akan sama dengan apa yang akan mereka lakukan terhadap kita?

“Pepatah China berkata: Orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi”


Tindakan

Information

2 responses

14 02 2008
tulusjogja

Zhi Zhi sangat beruntung bertemu dengan Mr Huang
Menahan diri, mengawal emosi ternyata kunci kebahagiaan
Terimakasih, terimakasih.

16 07 2008
kak e

Suatu cerita yang amat baik untuk dijadikan teladan🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: