Bayangan Rindu

17 01 2008

Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya, ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan rasa gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.

Umar Aisy: Penantian satu penyiksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti ‘dia’ bukan jodoh I.

Iddya: Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu dimana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sedah kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.

Que Sera, Sera. Whatever will be… will be… The future’s not ours to see. Que Sera, Sera. What will be… will be.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: