Petua Mendapat Pasangan – Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

14 01 2008

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Tindakan

Informasi

23 gerakbalas-gerakbalas

7 03 2008
mazlina kassim

Komen saya mengenai artikel dari Dr Fadzilah pada kali ini adalah amat bernas dan serba sedikit dapat membantu diri saya dalam memperbaiki kelemahan yang ada untuk kebahagiaan saya juga kebahagiaan pasangan saya (tunang). – Terima Kasih-

21 05 2008
shida

Artikel Dr Fadzilah benar-benar memberi kesan yang positif kepada saya.Artikel ini juga telah mengajar saya untuk menjadi pasangan yang lebih baik.Selain daripada itu juga saya dapat menjadikan artikel Dr Fadzilah sebagai petua yang berguna kepda saya.Terima kasih kepada Dr Fadzilah

11 07 2008
white roses

semoga petua ini akan dapat membantu…terima kasih

11 07 2008
hendrastar

yup…berterima kasih atas hasil kerja Dr Fadzilah

18 07 2008
madu

da 2thn sy hayati mender nie..masih xtemui yg dicari..

22 07 2008
isra

terima kasih dato’.. moga petua dato’ dpt membantu saya… :)

2 08 2008
Mohd Ronie Yussof

Walaikum salam…

Dato` saya ingin pandangan dari Dato`… wanita itu dijodohkan dgn lelaki pilihan ibunya tapi wanita itu tidak mahu mengahwininya…. wanita itu bukan lagi dara…dara nya hilang disebabkan oleh org yg ingin dikawini nya….. lelaki itu merogol beliau dan beliau cuba merahsiakan perkara itu dari ibu nya takut ibu nya sakit…

Dan sekarang wanita itu sudah tekad tidak mahu kawin dgn lelaki tersebut kerana wanita itu berpendapat lelaki itu tidak boleh diharap selepas lelaki itu mengambil kesempatan keatas wanita itu di waktu wanita itu sakit lelaki itu merogol wanita tersebut.

Untuk pengetahuan Dato`, wanita itu ketika lelaki itu merogol beliau, wanita itu sakit teruk selepas trauma dari cubaan rogol oleh sepupunya sendiri. Jadi lelaki yg ingin kawin dgn dia telah di amanahkan menjaga wanita itu di rumah nya oleh ibu wanita itu. Tapi lelaki itu mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kesakitan wanita dgn merogol wanita itu.

Pada pandangan Dato`, boleh kah wanita itu menolak persetujuan kawin dgn kes tersebut? Wanita itu langsung dan hilang rasa cinta , suka , percaya , tanggungjawap sebagai bakal suami kerana belum kawin lagi lelaki itu telah mengambil kesempatan dalam kelemahan dan kesusahan wanita tersebut.
Dapatkah wanita itu menolak persetujuan perkahwinan lelaki tersebut mengikut agama dan undang-undang islam?

20 05 2010
afizi

salam..seorang wanita itu wajib mengikut pilihan ibu bapanya sekiranya lelaki tersebut tergolong dalam hadis iaitu
“sekiranya seseorang yang datang meminang kepadamu(anakmu) merupakan seorang yang berpegang teguh kepada ajaran islam dan mempunyai sikap yang disukai,kahwinilah(anak perempuan) kamu dengannya”-hadis riwayat at-tirmizi 1084

sekiranya wanita tersebut ingin menolak pilihan kedua ibu bapanya pula adalah dibolehkan sekiranya pilihan tersebut tidak disukainya atau sekiranya wanita tersebut di masa akan datang hubungannya dengan lelaki tersebut tidak akan mendatangkan kebahgiaan di dunia dan akhirat, wanita tersebut tidak dianggap derhaka jika dia menolak sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan, taat dikira hanya pada perkara yang baik untuk ditaati.
syeikh ibn taimiyah r.h berkata
“ibu bapa tidak berhak memaksa anaknya mengahwini seseorang yang tidak disukainya. jika dia membantah bukanlah bermaksud dia seorang yang derhaka, sama seperti jika dia tidak mahu makan apa yang dia tidak ingini.”

harap dapat membantu…

12 10 2008
farah

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat….
-nie yg menarik bg saya….. dr pengalaman saya, lelaki x penah nak terus terang, bila dah kita tau yg lelaki nie tipu baru ler sibuk nk bgtau sebab musabab knp nak… berkali2 buat perkara yg sama..dah buat salah…minta maaf… esk lusa buat blk benda yg sama….so that..mcm mana tu???????

25 06 2009
si lelaki

org lelaki ske buat bnde yg dilarang…so,,kne pndai2 la…kalo nk tegor,,
biarlah pd msenye sbb lelaki x akn ubh prbuatnnye ble ditegur secara tros…
cthnye mcm mrokok,,jgn tegur tpi ckp sesuatu ttg kwn2 nk cbe berenti mrokok..kdg2,,lelaki buat blek ape yg dilarang sbb nk trik perhatian..
tpi jgnlah ckp bhwa awk xtetarik sbb nnti si lelaki akn pth hati..
lelaki ske pmpuan yg mrajuk tpi xtrlalu kuat mrajuk..
salam..

1 09 2009
nurulsauffi

salam, macam mana kita nak atasi lelaki yang ego?

20 05 2010
afizi

waalaikumsalam..semua lelaki mempunyai egonya yang tersendiri..ada lelaki yang dapat mengawal perasaan egonya dan ada juga lelaki yang tidak dapat mengawal perasaan egonya..ego lelaki ni juga ada bermacam dan mengikut keadaan..dalam kes untuk mengatasi perasaan ego seorang lelaki,tegur lelaki tersebut secara baik..digalakkan sebelum menegur itu puji dahulu sifat yang baik dalam dirinya baru menegur..contohnya “awk ni baik,pemurah,selalu tolong,kacak bergaya, tapi kn cuma ego awk tu tinggi sgt, cuba awk kawal ego awk tu sikit, barulah awk nampak lebih bermutu sebagai seorang lelaki” contoh jer..

lelaki ni juga tak suka kalau wanita menegur kesalahan dia sebenarnya, ini jenis lelaki yang tidak mahu mengalah, susah untuk bertolak ansur dan merasakan diri sendiri yang betul..ego lelaki jenis ni sangat tinggi..untuk mengatasi lelaki yang mempunyai ego seperti ini bolehlah dengan menggunakan rakan terdekatnya untuk menegur secara berbincang..

selain itu juga untuk mengatasi lelaki yang ego ini, kalau lelaki tersebut susah sangat mendengar nasihat, bolehlah gunakan cara menyindir, contohnya anda dan rakan-rakan anda dan juga lelaki yang ego ini duduk setempat, dan anda semua bercerita hal-hal sekeliling dahulu,perlahan anda masukkan topik untuk menceritakan ketidakbaikkan ego dalam diri lelaki terhadap orang sekeliling, berikan juga sedikit contoh ego ni bagaimana, ada lelaki yang akan buat tak tahu ego ni macam mana, dan seterusnya anda meminta dia memberikan pandangan terhadap ego ini..ketika itu dia telah menyindir dirinya sendiri..biasanya lelaki akan terasa bila disindir dan akan berubah bila mendapat tahu dirinya tidak disenangi..tapi ada juga lelaki yang takkan berubah sebab ego tinggi..

harap dapat membantu

11 11 2011
nurulsauffi

terima kasih… ia sangat membantu :)

19 05 2010
raziti

salam, mcm mane nak atasi bekas suami sy yg ego?

12 06 2010
Hasimah Ahmad

laki ego 2 jenis yg x sedar diri..jenis x tau asal usul gamaknye. bo layan la lelaki jenis tu..tak perlu nak pening2 kepala pikiaq pasal depa. jaga diri & indahkan peribadi kita..satu lg.. kekadg..lelaki ego ni dia saje2 buat gitu..nak nengok pompuan tu jenis sabar ke idak..test je..ego lwnnye lemahlembut..itulah kelebihn pompuan…tunjukkanlah kematangan & kelembutan peribadi.. gerenti cair ego depa..

15 06 2010
fik

asalamualaikum,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
mcm mne kte nk jd lbih ykin ble berhdpn dgn prmpuan???????????
sy mnghdpi mslh kurang kykinn bila brhdpn dgn prmpuan,tmbhn pula apabila brsama dgn prmpuan yg dminati……….
adakah itu dnamakn cinta???????????

7 09 2010
wan

dato: boleh saya tanye, knape ye tuhan mewujudkn golongan yg suke kaum sejenis?spt gay/lesbian..

8 10 2010
yasmin mat nazri

salam… saya minta izin nak linkkan post ni ke blog saya ye… terima kasih…

25 10 2010
siti

sy menyesal di atas apa yg berlaku.. sy syg dia sepenuh hati sy..
smpai ke hari ini sy masih syg dan rindu dia walaupun sy tahu dia sudah ada perempuan lain.. apa sy nk bt? sy keliru dgn diri sendiri.. betapa bodoh nya saya

2 04 2011
norul

salam….sy nk mintak pendapat,sy ada minat kt seorg lelaki ni dia ada ciri2 lelaki idaman sy tp mgkin sy terlmbt,dia dh ada org lain yg dia gelarkan teman tapi mesra,yg sedikit berusia dr dia…sy btl2 hepi bila kuar gan dia,dia pndai berkumunikasi kami mcm dh lama kenal……tp skrg sy smkin jauh dr dia bgtu jgk dia,sy xnk hancurkan hari kaum sy sendiri,tp sy jgk xblh lupakan lelaki tersebut…..bantulah sy……..

2 04 2011
norul

salam….sy nk mintak pendapat,sy ada minat kt seorg lelaki ni dia ada ciri2 lelaki idaman sy tp mgkin sy terlmbt,dia dh ada org lain yg dia gelarkan teman tapi mesra,yg sedikit berusia dr dia…sy btl2 hepi bila kuar gan dia,dia pndai berkumunikasi kami mcm dh lama kenal……tp skrg sy smkin jauh dr dia bgtu jgk dia,sy xnk hancurkan hati kaum sy sendiri,tp sy jgk xblh lupakan lelaki tersebut,lagi plk sy ni jenis yg xpandai berkawan dgn lelaki……bantulah sy……..

18 08 2011
Mohamad Afiq

sye tlah mendapat satu mimpi yg sye dengn seorang wanita cntik..wanita itu sye knal tetapi kurang pasti

14 11 2011
kamal

salam dato’.. apa puncanya perempuan nak rahsiakan hubungan.. mungkin kah dia ada lelaki lain.. hbungan sy dengan kekasih sy tengah dalam masalah dan hampir tamat.. dia tengah marah dengan sy dan sy tak pjuk dan tak tau nak pujuk.. apa yang harus sy lakukan?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: