Bienda terima RM25,000, mohon doa peminat

3 01 2008

PETALING JAYA: Penderitaan penyanyi dan pelakon Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlina Razli yang menderita akibat jantung berlubang mendapat perhatian Biro Pengaduan Awam Pemuda Umno apabila menerima RM25,000 untuk membiayai kos rawatannya.

Anak kepada penyanyi dangdut Sheeda atau Rashidah Hamid, dikesan menghidap penyakit jantung akhir tahun lalu selepas mengalami demam dan asma.

Pada mulanya, dia menyangka sakit biasa dan mendapatkan rawatan di kilnik swasta.

Atas nasihat doktor, Bienda menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Pusrawi di sini, pada 18 Disember lalu dan disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

“Pada mulanya saya sangka ia sakit biasa dan tidak percaya apabila diberitahu jantung sebelah kiri saya mempunyai lubang bersaiz 25 milimeter sejak kecil lagi.

 

“Waktu itu, saya tidak boleh berfikir lanjut dan rasa lemah. Tapi saya bersyukur apabila doktor beritahu saya bernasib baik kerana ia tidak kena di sebelah kanan dan tidak kritikal.

“Apa yang saya harapkan kini ialah doa daripada peminat dan sokongan moral daripada orang ramai supaya cepat sembuh dan dapat kembali bekerja (berlakon dan menyanyi) seperti biasa,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda Umno, Datuk Subahan Kamal, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez dan Sheeda.

Tambah Bienda lagi, dia berharap orang ramai tidak salah faham terhadap penyakit yang sedang ditanggungnya dan menagih simpati daripada ramai pihak.

Katanya, memang keluarganya ada menghubungi beberapa pihak untuk meminta bantuan, tetapi ia sekadar permintaan mengadakan persembahan dan bukannya memohon wang ringgit.

Namun pertemuan dengan Karyawan mengubah situasi yang dialami Bienda apabila persatuan berkenaan mengadakan perbincangan dengan Pemuda Umno dan mereka bersetuju membiayai kos rawatannya.

Subahan berkata, persetujuan pihaknya membiayai kos rawatan Bienda atas dasar saling membantu sesama artis dan tidak mahu melihat artis tampil di media menagih simpati masyarakat.

“Kita akan membiayai 100 peratus kos pembedahan Bienda sebanyak RM18,000 dan rawatan susulan RM7,000, menjadikan RM25,000 semuanya,” katanya.

“Memandangkan kesnya sebelum ini dirujuk di Hospital Pusrawi, dia akan menjalani pembedahan di sana, tetapi doktor yang terbabit adalah dari Institut Jantung Negara (IJN). Ini kerana lazimnya, pembedahan di IJN sukar dilakukan segera kerana banyak kes yang perlu dikendalikan sedangkan dia (Bienda) perlu cepat dirawat,” katanya.

Bienda akan menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Pusrawi pada 8 Januari ini bagi menentukan bentuk pembedahan yang perlu dilakukan. Bagaimanapun tarikh pembedahan akan ditentukan kemudian selepas keputusan pemeriksaan ini diperoleh.

petikan : Harian Metro 3 Jan 2008


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: