“.: 10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.”

9 11 2007

 

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”


Tindakan

Information

16 responses

17 01 2008
ainrahimah

thanks 4 ur wonderful info..

16 07 2008
kak e

Kalau sudah tiba masanya… pasti akan ada juga🙂

* sesiapa yang masih ‘solo’ jangan difikirkan sagnat😉 TAPI kena ada usaha dan doa mengiringinya… selebih tu serahkan pada ALLAH SWT🙂

23 07 2008
nurainul

saya ade mimpi ari tu saya mimpi yang saya becium ngan dia dalam hati gembiranya mimpi tp masa tu saya ckap nak jumpa dia dia datanglah…..oh kau rupanya ..tp kau tak sesuai lah ngan aku mahap…aku menangis setelah dia mengeluarkan kata2 itu bodoh pumya hamid!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

23 07 2008
nurainul

aku penah bemimpi pasal lelaki yanng ku benci benar di sekolah…saya bemimpi yang saya kapel ngan dia,,,,,,,,,,dalam mimpi saya sangat gembira…pas tu….ko..ko..ko…dah pagi dah..memang rutin harian sekolah kami..lpas blajar..dan penat memerah otak..akhirnya kami rehat..saya nampak dia..dan tanpa disedari saya…tersenyum macam kerang busuk…dah lama saya memendam rindu…akhirnya saya minta tolong sevan ngan dia cakap ada orang nak beknalan ngan dia…aku berjanji ngan dia..jumpa kat..lebrary..aku..ni gembira lah konon..sampai disana..batang hidung nya pun tak nampak……walaupun dia tak tau aku yang nak berkenalan ngan dia…namun hati aku tetap ngan dia..aku cinta dngan kau hamid…sebenarnya kalu ditgk mukaku taklah cantik sangat..muka ku yang itam..boleh dikira cantik lah …tolonglah aku..sepa yang bleh tolong aku macammana nak melafazkan cimta dngan dia……

1 03 2009
Peminat Anuar

mencari jodoh zaman sekarang not as easy as zaman parents kita dulu dulu…everything has changed, and that brought together a lot of challenges for people to find their “soulmate”…and generally people expect much more now from his/her partner..kalau dulu apa apa pun ok diterima seadanya..tapi sekarang “tepuk dada tanya sendiri punya badanlah’..kriteria itu kriteria ini..tak salah but yang salah if jual terlalu mahal sampai suatu masa tak ada orang nak “beli”..so kena buat “sale” balik…

12 05 2009
taufiq

hubungan semakin renggang sebab berjauhan, yang aku sambung blaja d ngri orang, si dia bekerja. cam ne nak wat… skang ni tpn x jawab…. meset x blas…

12 05 2009
taufiq

aku rapat ngan family dia…….. tp 2 pn x bleh lg nak lembu

12 05 2009
taufiq

aku rapat ngan family dia…. tp 2 pn x bleh lg nak lembutkan hati dia……
mmg kiteorang kerap berjauhan…. oleh sebab aku sambung blaja…. merantau kat negeri orang….. tahun ni masuk thn k 3 aku berjauhan ngan dia…….. bkan aku x blik tengok2 dia ngan family dia…… pening benak aku nak fikir….. cam ne nak buat……

12 05 2009
taufiq

send follow up comment via email k….

6 06 2009
daia

aku dah break..mungkinkah dia kembali pd ku?

17 09 2009
sanei

bagaimana nak faham leleki yg kuat berasiah

18 01 2010
mutiara hati

salam.org ckp,kt alm perskolahn x leh brksh….x elok.sbrlah,sampai msnya bercintalah.

19 08 2010
pengkomen~!!

hhuhuhu…doa jer kat allah..supaya dpt yg terbaek..yg solehah
yg tutup aurat..sbllom nk dpt bnda tu smua tgk kat diri sendiri dlu…
ubah diri kita dulu..dari jahat kepd yg baik..dan lbeyh baik..wakaka

28 01 2011
hendrastar

kawan kawan semua…blog ni dah berpindah ke domain lain…
sila la berkunjung ke http://www.hendrastar.blogspot.com 🙂

27 08 2011
Syafilth Fiq

mimpi jodoh stu petanda………………….

7 10 2011
saraadira

sy slalu mimpikan si dia hampir stiap mlm..tidur wktu siang pun kdg2 dia hadir dlm mmpi sy..mungkin mainan syaitan..jd sy brwudhuk sebelum tidur..tp dia masih hadir dalam mmpi sy sehingga kini..apekah tandanya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: