Kena Tindih atau Sleep paralysis

25 12 2008

fenomena kene tindih sewaktu kita tidur, ramai yang mengatakan bahawa ada “benda” atau lebih dikenali sebagai hantu atau jin sedang menghempap/tindih kita ketika kita sedang tidur…fenomena ini menyebabkan kita merasakan badan kita tidak dapat bergerak walaupon kita telah mencuba untuk menggerakkan nya dalam keadaan separuh sedar(antara tidur dan tak tidur)…

disini, ada rakan saya menerangkan tentang fenomena tersebut boleh berlaku mengikut kajian sains…mari kita lihat bagaimana kajian telah meneliti fenomena kene hempap ini atau juga dikenali sebagai sleep paralysis.

kena tindih / Sleep paralysis

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le….tahyul semua tu.Fenomena kene tindih…kepercayaan dan kebenaran..
just to share… aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni……. betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada…nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ….
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena….aku pun jujur pernah ade pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu…aderla dalam 3-4 kali jugak….masa tu aku sedar…boleh bukak mata separuh….. aku tau aku sedar…tapi takleh gerak…kadang2 geram, sbb takleh gerak…..pastu 5 minit baru leh gerak….aku dulu pun takut…mmg ingat kena hempap dah…lps boleh gerak tu seram sejuk jer… tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia….. baru la aku tau kebenaran dia…. ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer ’sleep paralysis’

Sleep paralysis atau dimelayukan ‘lumpuh waktu tidur’…adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). … temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement…. .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage….otak akan bagitau badan kita suruh rehat…so, badan kite kira macam switch off kejap….REM atonia (tader muscle tone)……

ok, otak kiter pun ader switch off button….dipanggil reticular activating system RAS……bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni…so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on….kirenyer screensaver laaa or hibernate… so,, bila kita bangun, RAS switched on balik……kita sedar fully awake state….tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter…. maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika… before otak activate balik….mmg menakutkan tapi benar…. tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer…tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc….
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni…penat sgt)
4. stress yang byk kat otak…masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal….heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

————————————————————————————————————————-

wallahualam…segala ketentuan ini ditentukan oleh Allah S.W.T.

p/s – yang sebenarnya,aku pernah merasai fenomena ni…waktu aku semester 1…dalam bilik, time tu antara pukul 2-3 pagi…nak di jadikan cerita,waktu tu,roomate aku tgh sasau kot…menjerit xtentu pasal jerit2 nama aku…hurm…waktu tu aku tgh tido lena dan terjaga ckit waktu die jerit2 nama aku…time tu aku dapat rasa yang badan aku x dapat b’gerak dan macam ade bende tarik badan aku pusing ke kanan(menghadap kawan aku yang tgh jerit nama aku)…waktu tu aku mmg x de fikir apa2 pon…wat donno je dan teruskan lena aku sampai la ke pagi nya…da keesokan harinya,roomate aku menceritakan kisah yang sebenarnya!!pada malam tu, die tgh main game sampai ke 2 pagi…pastu die de rasa lain macam dan x sedap hati, baru la die tutup laptop dan tido…tapi,dia x boleh tido kerana die cakap ada “benda” kacau dia dan dia nampak ada “sesuatu” kat kerusi(kerusi ni betul2 berada kat sebelah kanan kaki aku) itu la sebab dia jerit2 nama aku katanya nak kejut aku…aku antara percaya dan x percaya lah sebab waktu aku tidur tu mmg x fikir apa2 pon…wallahuallam…





OST Twilight

25 12 2008

Artist: VA
Album Title: Twilight
Record Label: Atlantic
Rip Date: 2008-11-04
Catalog Number:
Genre: Soundtrack
Year: 2008
Source: CD
Encoder: LAME 3.97 -V2 –vbr-new
Quality: 198 kbps avg / 44.1KHz / Joint Stereo

Track Listing:
01 Muse – Supermassive Black Hole 3:31
02 Paramore – Decode 4:22
03 The Black Ghosts – Full Moon 3:50
04 Linkin Park – Leave Out All The Rest 3:20
05 Mutemath – Spotlight (Twilight Mix) 3:20
06 Perry Farrell – Go All The Way (Into The 3:27
Twilight)
07 Collective Soul – Tremble For My Beloved 3:53
08 Paramore – I Caught Myself 3:55
09 Blue Foundation – Eyes On Fire 5:01
10 Rob Pattinson – Never Think 4:30
11 Iron & Wine – Flightless Bird, American Mouth 4:02
12 Carter Burwell – Bella’s Lullaby 2:19

DOWNLOAD HERE