Cinta Terhalang

28 06 2008

Di suatu hari yang indah

kita ditakdirkan bertemu
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga sama sekali
kerna pertemuan indah itu jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!

Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang

Ayahanda bonda
dan juga sanak saudara
kami datang memohon restu
kenapa dihalangi cinta yang suci
restuilah percintaan ini
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara

Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan

Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah???
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa…

Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia
bila satu jiwa sedang merana

Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu

Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui…

Dipetik dari hasil nukilan:
Anna Abadi

About these ads

Tindakan

Information

13 responses

5 08 2008
ustat

salam.. tahniah kerana lahirkan satu web yang hebat..

“Cinta terhalang” satu igauan ngeri buat saya.. saya alami situasi ini sejak dari saya kenal buah hati saya sekarang.. sampailah sekarang.. “Cinta Terhalang” itu masih menghambat kami hingga kini..

6 08 2008
hendrastar

tq kerana komen anda.

mungkin kerana jodoh. jodoh bukannye boleh dipaksa. buat banyak2 bersabar okeh…setiap manusia dah dijodohkan dengan pasangan masing2. insyaAllah ditemukan jua.

28 08 2008
rina

boleh kah kita berkahwin ta,pa restu keluarg????

29 08 2008
hendrastar

urm…boleh…tapi, itu satu perbuatan yg berdosa lah sebab restu dari ibu bapa amatlah penting utk menjamin kebahagian dan keberkatan pada masa kelak…

20 10 2008
seruling

cita saya terhalang oleh keluarga. ini kerana pasangan saya dikatakan lelakiyang tidak baik.adakah kerana zaman mudanya kami dihukum sebegini. namun biarpun terhalang kami masih meneruskan kerana kami telah berjanji sehidup semati.tapi adakah perlu untuk saya korbankan kehendak ibu bapa saya kerana kehendak hati saya? adakah saya perlu mengobankan cinta kami?

3 12 2010
Mia allysha damia

kisah hidup kite same SERULING….

24 10 2008
hendrastar

jgn ambil jalan mudah…rileks…cinta bukan utk kekasih je…cinta kat mak,ayah,adik2,kakak,abang…yg penting sekali cinta kepada Maha Esa…

hurm…cuba yakinkan ibu bapa seruling bahawa pasangan seruling dah berubah dan yakin kan bahawa cinta kamu adalah tulus dan ikhlas…mungkin satu hari nanti pintu hati ibu bapa seruling akan terbuka menerima kedatangan pasangan seruling…

28 08 2010
Lisa

Aku dr keluarga bkn islam,tp aku bcinta dgan lelaki yg bragama islam..aku xpnh mmlih pasngan melalui agama yg dia ada..aku memilih pasngan yg ikhlas utk hdup bsma n bhgia..cintaku thalang krna ksh silam kluargaku dgn org islam..ibuku bdndam krna pernah dkata drah kturunan babi org org kpungku yg bragama islam..ibuku dkutuk dkeji dhina..aku thu ibuku drita,aku thu hti ibuku tsiksa..tp knpa sgelntr manusia itu tidak bhti perut,apa dosa ibuku?krna kamu cintaku thalng,krna kamu ibuku kcewa..brubh lah..aku mhu kbhagiaan utk ibu,kluarga n driku..spt mana kamu mahu bhgia

4 10 2010
farah atikah

cinta sy terhalang sbb lelaki yg sy syg tu adalh sepupu mama sy… Mak kksih sy tidak mrstui hbngn kami,katanye tidak baik brcinta sesama kluarga.. Apa kh slah itu? Mama sy mrstui,cme mak die x ok… Dan skrg kami ambl kptsn untk brpsh..adkh itu jln trbaik kami? Yg plng mnydihkn,die benar2 mngikut saja kata mak nye,tanpa brusaha mmprthnkn cinta kami….

11 10 2010
leavingme

cinta terhalang?topik yang menarik.saya pun mengalami situasi yang sama. tapi pendapat saya,apabila ibu bapa menghalang percintaan dengan cara yg x sewajarnya hanya akan menyebabkan anak mereka mula melakukan satu penipuan demi satu penipuan.dalam hal begini,terlalu byk hati yg dijaga.bak diluah mati bapak,ditelan mati emak…..kahwin lari hanya akan menambahkan permasalahan yg telah sedia ada.tapi nak berbincang secara baik,tak diterima… jalan terahir yang boleh dipilih hanyalah berserah pada Allah dan memohon petunjuknya.mungkin bagi kita dia adalah yang terbaik,dialah yang paling sempurna.Tapi mungkin sebenarnya tidak…Allah maha mengetahui segalanya. sekiranya dia adalah jodoh yg Allah telah tetapkan dari azali,pasti dia akan menjadi jodoh kita.tapi jika sebaliknya…yakinla…hanya Allah tahu yang terbaik untuk kita.

22 12 2010
sang pecinta

salam…saya nk berkgsi tentang cnta terhalang….dulu saya pernah bercinta selama 2tahun..namun akhirnya ibu sidia telah mencri calon yang sesuai untuknya…betapa hncur hati saya…namun tuhan telah bukakan mata saya untuk menerima hakikat nih..dan skarang alhamdulillah saya dah dapat menerima hakikat tu..dan saya dah dapat pekerjaan yang saya sendiri tak terduga..

29 11 2011
aku dan sesuatu~

salam,
hanya yang mengalaminya merasakan betapa seksanya…
ada yg menghina, mengeji…
salahkah kami bertemu atas kehendakNYA…
merasakan rasa bahagia dan ingin terus berkasih sayang…
dalam redha semua….~

16 04 2012
vanidarlla_ata2yahoo.com

salam..saya juga mengalami nasib yg sama.saya tak tau apa salah saya.kenapa la mak dia tak suka saya.saya pun tak pasti apakah kesudahan hubungan kami.mungkin kerana mereka org berada.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: