Guru & Sin Chan

28 06 2008

Guru & Sin Chan

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, “Sekolah di hadapan, jalan pelahan.”

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan “BUAYA”?
Sin Chan: “B-O-O-W-A-Y- A”
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: “HIJKLMNO”!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!(H²O)

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-**-*-*-* -*

Guru: “Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?”
Sin Chan: “Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.”

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak ” saya” adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!





Lomo effect

28 06 2008

Lomo ni sejenis effect yang menghasilkan colour yg sgt vivid,contras dan kadang2 tu die out of focus…anyway,jika menjadi dan tepat pengcahayaan nya…gambar itu akan menjadi lebih menarik. adakah kita perlu beli camera lomo utk buat effect lomo?oh…tidak…guna adobe photoshop pon bule…hehe…caranya,dgn mengedjust Brightnest/Contrast dan Hue/Saturation kepada point yg betul…ok,jom kite mulakan tutorial nak wat lomo effect…

1. buka gambar dgn menggunakan adobe photoshop.(i used adobe photoshop cs2)

2. go to Image > Adjustments > Hue/Saturation

3. tingkatkan Hue/Saturation kepada +20

4. go to Image > Adjustments > Brightnest/Contrast

5. tingkatkan contrast sampai +20

6. select marque tool bentuk segi empat(ada kat toolbox sebelah kiri photoshop)

7. adjust feather amount(kat atas bar…bawah filter,ade tulus feather) kepade 1/12 drp lebar gambar. (kalau gambar tu lebarnye 600px, so feather amount should be 50px)

8. kemudian,select keseluruhan gambar tersebut.

9. right click gambar,select inverse

10. make new layer(senang gi kat kotak layer bawah tu,sebelah tong sampah.)

11. tukar primary colour kepade hitam pastu fill layer baru tadi dgn kaler ni(gunakan fill bucket tool).

12. tukar blend mode layer ni kepade Overlay.(kat kotak layer,defult die normal.tukar kepada overlay)

13. kat kotak layer tu,rightclick layer tersebut,dan duplicate layer.

14. kemudian,buat new layer lagi.

15. pilih gradien tool(tool selain dari fill bucket tool.tekan lama2 kat fill bucket tool,kemudian ada keluar gradien tool.pilih yg tu).

16. tukar primary colour jadi warna putih.

17. tukar gradient mode kepade ’spherical’. (ade kat atas bar petak yg kedua) Dengan gradient tool ni, click centre gambar tu and then drag sampai mane2 yg paling jauh. kalau gamba tersebut portrait, click dari tengah ke bawah atau ke atas. kalau landscape, click dari tepi kiri atau kanan)

18. tukar blend mode layer tersebut kepade Overlay juga.

19. adjust Opacity kepade 80% atau sesukahati yang anda mahu agar gambar tersebut kelihatan lebih menarik.

20. flatern image tersebut.(ctrl+klik semua layer tersebut,right click,pilih flatern image)

dan ini contoh gambar yang digunakan lomo effect dan gambar biasa.

selamat mencuba…:)





Cinta Terhalang

28 06 2008

Di suatu hari yang indah

kita ditakdirkan bertemu
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga sama sekali
kerna pertemuan indah itu jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!

Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang

Ayahanda bonda
dan juga sanak saudara
kami datang memohon restu
kenapa dihalangi cinta yang suci
restuilah percintaan ini
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara

Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan

Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah???
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa…

Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia
bila satu jiwa sedang merana

Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu

Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui…

Dipetik dari hasil nukilan:
Anna Abadi





Scan – Kau Dipaksa Aku Terpaksa

28 06 2008

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut